Drawbridge Terengganu dibuka tempoh percubaan 16 hari

Drawbridge jambatan ikonik Terengganu akan dibuka kepada orang ramai bagi tempoh percubaan bermula 2 Jun hingga 17 Jun ini. Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan pembukaan selama 16 hari itu memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan kemudahan itu sempena sambutan Aidilfitri.