Dua beranak antara empat maut kemalangan di Baling

Tidak sempat menyambut 1 Syawal, empat maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Baru Kupang-Grik berdekatan Kampung Tiak di Baling, Kesemua mereka yang meninggal dunia di temat kejadian ialah dua beranak Norazizee Kamarudin, 34 tahun dan anak lelakinya Mohammad Ammar, 4 tahun, serta penunggang dan pembonceng motosikal, Fakhrul Razi Khalit dan muhammad Izahar Rosli yang masing-masing berusia 17 tahun.