Dua beranak direman dipercayai dera remaja OKU

Seorang wanita dan anak lelakinya direman empat hari sehingga 24 Julai bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya OKU berusia 14 tahun. Permohonan reman ke atas suspek berusia 40 dan 15 tahun itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.