Dua maut kereta rempuh perhentian bas

Dua rakan terbunuh selepas kereta jenis Proton Pesona yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tempat menunggu bas dalam kejadian di Lebuh Maccalum, Georgetown, awal pagi Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Andy Meyrick dan Jusse D. Dolisip maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan yang terbalik.