Elemen pendidikan seks dalam mata pelajaran masih tidak capai matlamat

Elemen pendidikan seks yang sedia ada di dalam buku teks mata pelajaran pendidikan kesihatan menerusi subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial tidak mencapai matlamatnya. Menurut Pakar Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, hasil temubual dengan remaja terlibat dalam masalah sosial mendapati rata-rata mereka tidak mempunyai maklumat mengenai mata pelajaran itu serta tidak memahaminya.