Video  |  Malaysia

Empat ditangkap sindiket penipuan tender pakaian tentera

Empat individu termasuk sepasang suami isteri dan seorang ahli perniagaan berstatus Datuk ditangkap kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tender pakaian seragam baju celoreng atau digital tentera yang tidak wujud. Penipuan yang dilakukan sejak tahun lalu telah mengakibatkan 10 mangsa diperdaya sehingga mengalami kerugian jutaan ringgit.