Tutup

Empat termasuk tiga sekeluarga maut nahas awal pagi

Empat termasuk tiga sekeluarga terbunuh selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan kereta lain di Kampung Batu 9, Batang Merbau, Tanah Merah. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi Isnin, kereta Proton Saga dinaiki lima beranak terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Nissan Bluebird dan terbalik.