Enam akta kontroversi akan dipinda

Sebanyak enam akta berkaitan keselamatan dan hukuman mati akan dipinda, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akta-akta terbabit ialah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta Perhimpunan Aman 2012.