Tutup

Enam suspek tembak gajah ditahan polis

Polis menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kes tembak seekor gajah yang ditemui mati di kawasan Hulu Sungai Udin, Dumpas di Tawau, Sabah. Kesemua suspek yang berumur antara 48 hingga 68 tahun itu ditahan antara pukul 12.20 tengah malam tadi hingga tengah hari Rabu dalam Ops Bersepadu Khazanah.