Tutup

Farid Kamil, Aaron Aziz dianugerahkan gelaran Datuk

Pelakon filem pinjamkan hatiku, Farid Kamil dan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 individu menerima darjah kebesaran dan pingat pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Kedua-dua pelakon itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.