Gelombang Korea dalam industri halal

Sempena lawatan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In, persefahaman perniagaan Korea dan Malaysia turut dikukuhkan, terutamanya dalam usaha untuk menerokai industri halal. Presiden Agensi Promosi Perniagaan-Pelaburan Korea (KOTRA), Kwon Pyung-Oh berkata, walaupun kerjasama Malaysia dan Korea sudah lama wujud, ia belum cukup untuk meneroka potensi sebenar ekonomi kedua-dua negara.