Golongan remaja penting sebagai pelapis negara

Golongan remaja dan kanak-kanak yang tidak diberikan kasih sayang dan perhatian akan mencari perkara lain untuk mengisi kekosongan dalam diri. Pakar Psikologi Kanak-Kanak dari Universiti Malaya, Professor Madya Doktor Mariani Mohd Nor berkata, kekurangan kasih sayang mendorong mereka untuk mencari kumpulan yang berkongsi jati diri sama dalam persekitaran mereka.