Hanya 30% pemohon sijil halal adalah syarikat Bumiputera

Hanya 30 peratus daripada keseluruhan pemohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di negara ini terdiri daripada syarikat milik Bumiputera manakala 70 peratus adalah Syarikat Multinasional dan bukan Bumiputera. Pengarah Bahagian Halal Hub Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tahap kesedaran yang rendah mengenai kepentingan sijil halal adalah faktor utama syarikat bumiputera kurang berminat memohon sijil berkenaan.