Harimau belang: Penduduk kampung 'sedikit lega'

Penduduk di Kampung Besol, Dungun kini boleh menarik nafas lega walaupun sedikit, selepas Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor dari pasangan harimau belang yang berkeliaran di sekitar kampung itu sejak Khamis. Mereka bersyukur dengan keprihatinan pihak terbabit yang mengambil tindakan segera demi keselamatan kira-kira seratus penduduk membabitkan dua puluh keluarga.