Harimau Malaya ke final: Doa KP Bomba termakbul

Doa Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hamdan Wahid termakbul apabila pasukan Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir, Piala AFF Suzuki. Beliau yang menyaksikan perlawanan separuh akhir bersama kakitangan Astro AWANI, pada awalnya amat mengharapkan sekurang-kurangnya Malaysia seri pada perlawanan menentang Thailand itu.