Ihsan Perdana terima RM123 juta daripada SRC, Gandingan Mentari - Saksi

Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd menerima 123 juta ringgit daripada SRC International dan juga anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd antara 2014 dan 2015. Demikian keterangan ke-36 dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah tinggi, pada hari ke-18 perbicaraan. Apabila disoal balas Peguam Pembelaan, Farhan Read, saksi Aishah Ghazali bersetuju bahawa Ihsan Perdana menerima 20 juta ringgit daripada SRC International dan seratus tiga juta ringgit pula daripada Gandingan Mentari.