Imran Khan sambut ketibaan Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pakistan pukul 7.50 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari. Ketibaan beliau di Pangkalan Tentera Udara Nur Khan, Rawalpindi disambut rakan sejawatnya, Imran Khan serta Menteri Perancangan dan Reformasi Pakistan, Makhdum Khusro Bakhtyar mewakili kerajaan Pakistan.