Tutup

Indeks Pembangunan Manusia: Malaysia raih skor tinggi

Malaysia menduduki kedudukan ke-61 daripada 189 negara bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI). Itu menurut laporan Pembangunan Manusia 2019 oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Walaupun ranking Malaysia jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan 57 pada tahun 2017, skor HDI untuk tahun 2018 mencatatkan peningkatan iaitu ke 0.804 berbanding 0.802 tahun 2017.