Isa Abdul Samad didakwa di Mahkamah atas atas 10 pertuduhan

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 10 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah dan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak bernilai RM160 juta oleh Felda Investment Corporation (FIC). Mohd Isa bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi dan mohon dibicarakan.