Tutup

Isteri bekas tentera ditikam mati suami sendiri

Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di Taman Seri Duyong Fasa Dua, Melaka pagi Rabu. Mangsa Samnah Mohamed, 55 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditikam dengan pisau pemotong sayur. Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi itu, suspek yang juga bekas tentera turut mengalami kecederaan di bahagian perut selepas bertindak menikam dirinya sendiri.