Isu lapuk, tindak kolektif perlu diambil

Jawatankuasa Bersepadu antara kementerian akan digerakkan secara efektif bagi membantu kerajaan menangani masalah orang tengah dalam jualan hasil tangkapan nelayan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata isu orang tengah merupakan isu lama yang tiada kesudahan, justeru tindakan secara kolektif perlu diambil.