Isu pelancong asing minta wang dari warga tempatan

Beberapa pelancong asing di negara ini memberi reaksi bercampur-campur berhubung isu pelancong asing lain yang meminta sedekah bagi menambah duit poket sepanjang kembara mereka. Tinjauan mendapati, segelintir yang bersetuju ada hujahnya tersendiri. Tidak kurang, mereka mengkritik aktiviti berkenaan sebagai kurang wajar berlaku semasa melancong.