Tutup

JAKIM rujuk ceramah Zamihan ke Lembaga Tatatertib

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan untuk merujuk isu ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain yang tular di media sosial kepada Lembaga Tatatertib JAKIM untuk tindakan lanjut. Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata pihaknya memandang serius ceramah berkenaan yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Johor.