Tutup

Jangan abaikan pendidikan kanak-kanak berpenyakit kronik - Tun Siti

Masih ada kalangan kanak-kanak yang terlepas pandang daripada mendapat akses kepada pendidikan, terutamanya kanak-kanak yang berhadapan penyakit kronik serta perlu menjalani rawatan intensif. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mereka hadir ke sekolah seperti rakan-rakan seusia mereka. Bagi memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan kronik, serta atas prinsip menyediakan akses pendidikan kepada semua, Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) melancarkan Program Sinar Kasih, siang tadi.