Tutup

'Jangan main mercun hingga cedera' - Ahmad Yakob

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan rakyatnya supaya tidak bermain mercun buatan sendiri atau sebarang bahan yang boleh mengakibatkan letupan sehingga mencederakan diri. Beliau juga sebelum ini sudah mengingatkan orang ramai terutama remaja dan kanak-kanak namun kes kecederaan akibat bermain mercun masih lagi wujud.