Tutup

JBPM kenal pasti 6 lagi kawasan berisiko mati lemas

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti enam kawasan berisiko mati lemas di seluruh negara tahun ini. Ketua Pengarah Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata ia membabitkan lima kawasan sungai di Kedah, Perak dan Sabah serta satu kawasan air terjun di Terengganu dengan kematian akibat lemas direkodkan seramai 14 orang di kawasan terbabit sehingga Oktober lepas.