Jenayah curi beg tangan dirakam CCTV

Seorang lelaki diburu selepas kegiatan dia curi beg tangan milik jemaah wanita di sebuah Masjid di Ipoh, berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup CCTV. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby mengesahkan kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu disahkan berlaku di Masjid Al Muttaqin Bandar Baru Putra.