Tutup

Jenazah Haron Din selamat dikebumikan

Jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat. Jenazah allahyarham disemadikan pada jam 5.57 petang Jumaat waktu tempatan selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.