Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti,Kuala Pilah jam 9 malam Khamis. Suasana pilu mengiringi pengebumian Siti Kharina yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat beliau.