Tutup

Jepun komited bantu laksanakan Dasar Pandang ke Timur

Jepun bersetuju untuk terus membantu Malaysia meneruskan Dasar Pandang ke Timur, seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, pihaknya menganggap Dr Mahathir sebagai rakan, dan Jepun akan sentiasa membantu jika ada permintaan dari Putrajaya.