Video  | Dunia

Jerman terus catat suhu tertinggi

Fenomena gelombang haba terus mencengkam Jerman apabila mencatat suhu tertinggi pada Selasa dengan catatan 39.2 darjah celcius di bandar Timur Bernburg di Lower Saxony. Keadaan cuaca dijangka lebih panas dengan Jabatan Meteorologi Jerman meramalkan catatan suhu mungkin akan terus meningkat kepada 40.3 darjah celcius di beberapa kawasan lain.