Jersi baharu JDT dilancar

Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pada Sabtu malam. Ia didatangkan dengan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.