Jimat masa dan wang jika buat jamuan raya pada waktu pejabat

Penjimatan masa dan wang menjadi faktor utama Jabatan Kerajaan mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada waktu pejabat, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Jelas Timbalan Perdana Menteri, ia tidak bermakna tiada kakitangan yang bertugas selain melihat jamuan berkenaan sebagai cara meraikan pegawai dan kakitangan kementerian atau jabatan itu sendiri.