Tutup

JPJ pantau kenderaan berat untuk cegah kemalangan jalan raya

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dalam usaha mencegah kemalangan di jalan raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan antara tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dalam usaha mencegah kemalangan jalan raya ialah dengan melaksanakan beberapa inisiatif seperti mewujudkan pasukan penguatkuasaab lebuh raya mengikut zon.