Jurang pencapaian etnik boleh membawa bencana

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jurang perbezaan antara etnik yang besar bakal membawa kehancuran kepada negara jika tidak ditangani dengan bijak. Jelasnya walaupun rusuhan mungkin tidak berlaku, namun kemungkinan ia terjadi tidak boleh diketepikan. Justeru orang Melayu perlu mempunyai kekuatan mereka sendiri.