Kanak-kanak lemas diselamatkan Ketua Balai Bomba

Tindakan pantas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa Labuan, beri Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) kepada seorang kanak-kanak lemas berjaya selamatkan mangsa berusia tujuh tahun itu daripada meninggal dunia. Dalam jam 5 petang pada Sabtu, Penolong Penguasa Bomba Riham Abdollah kebetulan berada di kawasan kolam renang sebuah hotel itu kerana membawa keluarga beriadah berikutan cuti hujung minggu.