Kanak-kanak usia 7 tahun lemas ketika memancing

Budak lelaki berusia 7 tahun lemas ketika memancing di sungai Dedap dekat Yan, Kedah. Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa Mauhamad Aril Shahputra Abdullah, disahkan meninggal dunia jam 7.50 petang Jumaat, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.