Kawasan rekreasi air diminta sediakan kemudahan PFD

Kawasan rekreasi air di negara ini terutama di lokasi berisiko tinggi berlaku kejadian lemas perlu menyediakan kemudahan peranti pengapungan peribadi atau 'Personal Flotation Device' (PFD). Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH),Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan statistik, purata 700 kes lemas direkodkan di negara ini setiap tahun yang kebanyakannya membabitkan pelancong.