Kehadiran Anwar Ibrahim ke istana diketahui Tun M - Fahmi Fadzil

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, kehadiran Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke istana dalam usaha merungkai kemelut pelantikan Peguam Negara pada Isnin adalah di bawah pengetahuan penuh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kehadiran Datuk Seri Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad adalah sebagai wakil parti-parti pemerintah.