Tutup

'Kek PM8' bukan kesalahan - PKR Terengganu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan PM8 adalah bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata pihaknya tidak boleh melakukan apa-apa kerana ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden Parti PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.