Tutup

Kementerian Pelancongan sasar RM192 bilion hasil pendapatan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya meletakkan sasaran pendapatan hasil pelancongan berjumlah RM192 bilion pada tahun depan. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sasaran itu berdasarkan jangkaan kemasukan pelancong asing yang dianggarkan mencapai 100 juta orang yang dapat menyumbangkan kepada pendapatan negara.