Kementerian Pertahanan buat laporan SPRM baki 14 kes Land Swap

Kementerian Pertahanan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung baki 14 kes 'Land Swap' atau pertukaran tanah milik kementerian itu. Laporan itu dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.