Tutup

Video  | 

Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu

Para restoran dan hotel diseru mengelakkan hidangan sirip ikan yu dalam menu masing-masing bagi memastikan sumber ikan yu terus ada di perairan laut negara ini. Ia selaras dengan pelancaran kempen besar-besaran kementerian pertanian dan industri asas tani iaitu Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu. Antara lain kempen bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan ikan yu.