Kerajaan belum terima permohonan India ekstradisi Zakir Naik

Kerajaan belum menerima sebarang permohonan dari India untuk mengekstradisi penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, buat masa ini, kerajaan tetap dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.