Kerajaan jamin harga tambang RTS berpatutan

Kerajaan komited untuk memastikan kadar harga tiket membabitkan pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor dan Singapura adalah berpatutan. Faktor utama kerajaan mengkaji semula projek tersebut berikutan kadar tambang yang dipersetujui pentadbiran dahulu adalah tinggi iaitu 15 ringgit bagi perjalanan sehala.