Kerajaan jimat RM38.5 juta setahun dengan pembubaran SPAD

Pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM 38.5 juta setahun. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya.