Tutup

Kerajaan negeri mahu laporan siasatan kereta kabel disegerakan

Kerajaan Negeri Kedah mahu SkyCab Panorama Langkawi Sdn Bhd, mengemukakan hasil laporan siasatan terperinci bagi mengetahui punca kegagalan sistem sehingga mengakibatkan lebih 1,000 pelancong terkandas pada Ahad. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata pihak syarikat perlu menyiapkan laporan terperinci walaupun punca awal sudah dikenal pasti.