Tutup

Kerjasama eksplorasi hidrokarbon: Perairan Malaysia tidak terlibat

Cadangan kerjasama eksplorasi hidrokarbon antara Filipina dan China tidak akan melibatkan kawasan perairan Malaysia berdasarkan peta Malaysia 1979. Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya bagaimanapun berkata malaysia akan sentiasa memantau perkembangan berhubung perkara itu bagi memastikan kedaulatan, hak-hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.