Kes dera: Polis sedang kesan wanita berusia 31 tahun bantu siasatan

Polis sedang giat mengesan seorang wanita berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes dera dua bayi lelaki di Kajang 22 November lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ia selepas dua laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa malam kejadian.