Kes SRC: Pegawai Kementerian Kewangan dedah bekerja di bawah tekanan

Saksi ke-41 kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International hari ini memberitahu mahkamah, dia diberi tekanan oleh pegawai atasannya di tempat kerjanya. Menurut Afidah Azwan Abdul, yang bekerja sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, dia disuruh mempercepatkan proses permohonan SRC International untuk mendapatkan jaminan kerajaan terhadap pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011.